|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 25/02/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA LAWATAN DI PLOT JAGUNG BIJIAN MARDI SEBERANG PERAI & MAJLIS PERASMIAN REGIONAL CORN CONFERENCE 2019 OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Sukacita dimaklumkan MARDI dengan kerjasama Jabatan Pertanian (DOA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan menganjurkan Regional Corn Conference (RCC 2019) pada 26 - 28 Februari 2019 (Selasa - Khamis) bertempat di Hotel Ixora, Butterworth, Pulau Pinang.
Persidangan RCC 2019 ini bertujuan menyediakan platform untuk semua pihak terlibat di rantau ASEAN dan industri jagung gandum Malaysia bagi membincangkan dan menangani isu produktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran bijirin berkualiti tinggi untuk makanan ternakan. Ia juga akan merangkumi bidang-bidang yang berkaitan di mana saintis tumbuhan dan pihak berkepentingan boleh berkongsi pengetahuan baru dan bertukar maklumat terkini tentang teknologi yang berbeza yang telah digunakan untuk meningkatkan pengeluaran jagung di peringkat serantau dan nasional.
Sehubungan dengan itu, MARDI dengan segala hormatnya ingin menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan sempena lawatan ke plot jagung bijian di MARDI Seberang Perai dan juga majlis perasmian RCC 2019 serta sesi sidang media oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 26 Februari 2019
1) Masa : 8.30 pagi
Tempat : MARDI Seberang Perai
2) Masa :10.00 pagi
Tempat : Hotel Ixora, Butterworth, Pulau Pinang
Sila klik di sini untuk Program.
Bersempena dengan Majlis Perasmian RCC 2019 tersebut, MARDI turut akan melancarkan buku "Potensi Penanaman Jagung Bijirin di Malaysia: Pengalaman MARDI". Buku ini merupakan laporan khas Hasil Kajian Jagung Bijian di MARDI (Pengalaman tahun 2016 hingga 2018) dan boleh dijadikan sebagai panduan asas bagi kaedah penanaman dan pengendalian lepas tuai jagung bijian di Negara ini.
Kami menyediakan kenderaan untuk media bagi pergerakan dari Hotel Ixora ke MARDI Seberang Perai dan pulang ke Hotel Ixora. Untuk pengesahan kenderaan dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Jafni Johari Jiken di talian 016-9805587 atau En. Hazrul Amry di talian 012-484 0672.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587
Nama : En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel : 012-484 0672
-BERNAMA |
|
|
|
|
|