Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Selasa 26/02/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2019

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh: Khamis 28 Februari 2019

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay


**Pakaian : Batik Lengan Panjang Bersongkok bagi Lelaki
Baju Kurung / Kebaya Labuh bagi Wanita
(Warna Larangan - Kuning & Putih)


Program

10.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan

10.15 pagi: Ketibaan Dif Kehormat

10.20 pagi: Ketibaan Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

10.30 pagi: Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong

: Negaraku
: Bacaan Doa
: Sembah Ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

: Titah Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

: Gimik Perasmian

: Pengurniaan Anugerah
Usahawan Kraf Wanita 2019
Usahawan Kraf Muda 2019

: Peragaan Fesyen

: Negaraku

: Majlis Santapan

: Keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong ke Pameran dan Jualan Kraf

1.00 tengah hari: Keberangkatan Balik
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong


Hari Kraf Kebangsaan 2019 berlangsung mulai 28 Februari hingga 11 Mac 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sambutan pada kali ini turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019.

SUMBER: Kraftangan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672

Nama: Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.