|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 26/02/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2019
Dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 bermula dari 28 Februari hingga 11 Mac 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, satu Perasmian bagi Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 28 Februari 2019
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Sila klik disini untuk PROGRAM
HKK 2019 kali ini bertemakan "Membudayakan Rakyat Dengan Seni Kraf" menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, demonstrasi dan jualan makanan tradisi, demonstrasi kraf, interaktif kraf dan macam-macam lagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama:Puan Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-7276672
Nama: Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel: 012-6578824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|