|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 01/03/2019
BANK MUAMALAT, SETAHUN BERSAMA M-JANNAH
Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bumijez Sdn. Bhd. ingin menjemput rakan-rakan media ke Majlis Bank Muamalat, Setahun Bersama M-Jannah.
Majlis ini akan disempurnakan oleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, En Khairul bin Kamarudin, bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat dan Bumijez. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Saudara Mawi sebagai Duta M-Jannah.
Majlis tersebut akan di adakan seperti di bawah:
Hari/Tarikh: Isnin 4 Mac 2019
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Ambassador Putrajaya, 92, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya
Program
9.45 pagi : Ketibaan Para Tetamu dan Media
10.00 pagi : Ketibaan VIP
10.05 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
10.15 pagi : Bacaan Doa
10.20 pagi : Ucapan oleh Ustaz Haji Mohamad Zainal Khamis,
Pengerusi Eksekutif, Bumijez Sdn. Bhd.
10.35 pagi : Ucapan oleh Encik Khairul Kamarudin
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad
10.50 pagi : Montaj & Gimik Pelancaran
11.00 pagi : Persembahan Nyanyian Fazli Fareast
11.30 pagi : Penyerahan Sumbangan Prihatin kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu
11.35 pagi : Penyerahan Anugerah Cawangan Bank Muamalat Terbaik M-Jannah
11.45 pagi : Sidang akhbar
Jamuan Tengahari
12.15 tengahari : Persembahan Mawi
2.00 petang : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurshazrina
Tel: 03-26158194
Emel: nurshazrina@muamalat.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|