Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 08/03/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE PERSIDANGAN KEMUNCAK DUNIA MENGENAI SENI DAN BUDAYA KE-8

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama International Federation of Arts and Culture (IFACCA) menganjurkan Persidangan Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Ke-8 (8th World Summit On Arts & Culture Kuala Lumpur 2019) mulai 11 hingga 14 Mac 2019.

YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia akan menyampaikan Welcoming Remarks kepada para delegasi yang menyertai Persidangan Kemuncak Dunia Ke-8.

Hari/Tarikh: Selasa 12 Mac 2019

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan kemuncak dunia mengenai seni dan budaya ke-8 tersebut.

SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Tel: 03-2614 8331
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my

Nama: Cik Farah Shamin binti Mohd Azim Khan
Tel: 03-8891 7192
Emel: farah.shamin@motac.gov.my

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.