|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/03/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE PERSIDANGAN KEMUNCAK DUNIA MENGENAI SENI DAN BUDAYA KE-8
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama International Federation of Arts and Culture (IFACCA) menganjurkan Persidangan Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Ke-8 (8th World Summit On Arts & Culture Kuala Lumpur 2019) mulai 11 hingga 14 Mac 2019.
Sehubungan itu, satu persembahan khas sempena Persidangan tersebut akan diadakan iaitu Tidal Constellations Collaboration antara BANDALOOP (USA) DAN ASK Dance Company (Malaysia) akan membuat persembahan istimewa. Oleh itu, rakan media dijemput untuk membuat liputan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 12 Mac 2019
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persembahan khas tersebut.
SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Tel: 03-2614 8331
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my.
Nama: Cik Farah Shamin binti Mohd Azim Khan
Tel: 03-8891 7192
Emel: farah.shamin@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|