Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Selasa 12/03/2019

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM : BERSARA, BERJAYA & BERHARTA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel "Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta" yang akan diadakan pada 14 Mac 2019 (Khamis), bertempat di Dewan Besar, IKIM.

Hari/Tarikh : Khamis 14 Mac 2019

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

PROGRAM

7.45 pagi - 8.30 pagi : Pendaftaran

8.30 pagi - 10.30 pagi : Modul 1
"Matlamat dan Fasa Persaraan"

En. Shamsuddin Kadir
Perunding Kewangan Bertauliah
Personaliti "Bijak Wang" di Radio IKIM

10.30 pagi - 11.00 pagi : Jamuan Ringan

11.00 pagi - 1.00 petang : Modul 2
"Elemen Kewangan Islam dalam Pelan Persaraan"

En. Shamsuddin Kadir
Perunding Kewangan Bertauliah
Personaliti "Bijak Wang" di Radio IKIM

1.00 petang - 2.30 petang : Makan Tengahari & Solat Zuhur

2.30 petang - 4.30 petang : Modul 3
"Membina Pelan Persaraan"

Pn. Suzana Md. Samsudi
Felow, Pusat Kajian Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan (EMAS), IKIM

4.30 petang : Bersurai


Bermula pada tahun 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menaikkan sasaran simpanan persaraan daripada RM 197,000 kepada RM 228,000. Hanya 18% daripada pencarum KWSP dijangka mencapai sasaran tersebut berbanding 50% yang disasarkan oleh KWSP menjelang tahun 2021. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti struktur gaji yang rendah di mana 89% berpendapatan kurang daripada RM 5,000, penurunan kadar dividen KWSP serta peningkatan pengeluaran untuk perumahan, kesihatan, pendidikan, ibadat haji dan sebagainya.

Mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, peningkatan kos rawatan perubatan dan simpanan untuk persaraan yang terhad (70% pencarum KWSP menghabiskan simpanan kurang daripada 10 tahun), justeru bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap keperluan simpanan persaraan. Para peserta juga berpeluang untuk membangunkan pelan persaraan yang sesuai dengan falsafah dan gaya hidup Islam.

Antara objektif utama program ini adalah untuk:

i. Memahami aspek persaraan menurut falsafah Islam;
ii. Menganalisa pilihan persaraan patuh-Syariah sedia ada, dan
iii. Menyediakan pelan kewangan bagi persaraan individu/keluarga berdasarkan tuntuan Maqasid Al-Syariah.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.