PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mac 19, 2019 -Selasa

 
 
 

Khamis 14/03/2019

SEMINAR HARI WANITA ANTARABANGSA 2019

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia akan menganjurkan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 17 Mac 2019 (Ahad)

Masa: Rujuk Program

Tempat: Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur


Klik sini untuk Aturcara Seminar Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita Peringkat Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik. Tema sambutan Hari Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun ini adalah "Think equal, build smart, innovate for change"(Fikir Kesaksamaan, Bina dengan Kebijaksanaan, Berinovasi untuk Perubahan).

Tema bagi tahun ini memberi fokus kepada usaha inovatif ke arah meningkatkan kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita. Usaha ini adalah sejajar dengan Matlamat Kelestarian Pembangunan (Sustainable Development Goals atau "SDG") terutama bagi Matlamat Kelestarian Pembangunan Kelima (Mencapai kesaksamaan gender dan pemerdayaan wanita serta gadis) dan Keempat (Memastikan pendidikan yang berkualiti dan inklusif untuk semua dan promosi pembelajaran sepanjang hayat).

IKIM dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), yakin bahawa usaha bersepadu dan penyelesaian baharu dalam pelbagai sudut interaksi kehidupan wanita adalah bertujuan untuk memartabatkan wanita bukan sahaja melalui ruang dan peluang untuk wanita berperanan dengan sebaiknya, tetapi juga bagi tujuan jaminan keselamatan, perlindungan, latihan dan pelbagai bentuk sokongan sosial.

Justeru, seminar ini dirancang secara kerjasama antara IKIM dan Jawatankuasa Wanita, IKRAM bagi meningkatkan kefahaman, mengasah kebijaksanaan, mengenalpasti pelbagai sumber pemberdayaan serta sokongan ke arah menjayakan usaha berinovasi untuk membawa perubahan dalam konteks pembangunan wanita.

Antara objektif utama program ini adalah untuk:

i. Memahami latar belakang serta perkembangan kesaksamaan gender serta kesannya kepada wanita di Malaysia.
ii. Menyoroti aspirasi tema 'Fikir Kesaksamaan, Bina dengan Kebijaksanaan, Berinovasi untuk Perubahan' dari perspektif Maqasid Syariah, SDG dan matlamat pembangunan lestari serta konteks wanita di Malaysia.
iii. Mengenalpasti sumber serta sokongan bagi meningkatkan peranan wanita ke arah berinovasi untuk perubahan.
iv. Berkongsi pandangan masyarakat dari pelbagai kelompok budaya mengenai sumbangan wanita bagi agenda perubahan transformasi Malaysia Sebagai Negara RAHMAH.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA








 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.