ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 19/03/2019

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PERANTISAN 2019

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Program Perantisan 2019 pada hari Khamis, 21 Mac 2019 di Dewan Perdana, MIDA. Program Perantisan yang dilaksanakan dalam tempoh dua (2) tahun ini bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berkelayakan bagi memenuhi kehendak industri pekilangan serta mengurangkan jurang skill gapgraduan yang dihasilkan dengan kemahiran diperlukan daripada pihak industri.

Sehubungan ini, satu persidangan media akan diadakan bersempena dengan majlis ini. Butirannya adalah seperti di bawah:

Hari/Tarikh : Khamis 21 Mac 2019

Masa : 2.15 petang

Tempat : Dewan Perdana, MIDA,
Tingkat 10, MIDA Sentral
No.5, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

PROGRAM

2.15 petang : Pendaftaran Media

2.30 petang : Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Azman Mahmud
Ketua Pegawai Eksekutif, MIDA

: Ucapan Pembukaan Majlis Konvokesyen oleh
YB Datuk Darell Leiking, MITI

: Persembahan Video Montaj

: Penganugerahan Sijil & Penyampaian Cenderahati

: Sesi Bergambar

2.50 petang : Sidang Media
Bilik Ruby, Tingkat 10

: Jamuan Ringan
Dewan Banquet, Tingkat 10

: Bersurai

MIDA dengan sukacitanya menjemput wartawan serta jurugambar untuk membuat liputan bagi acara tersebut. Peluang ini akan membolehkan anda berkongsi dengan pembaca dengan lebih mendalam mengenai inisiatif yang dilakukan oleh MIDA untuk mempergiatkan lagi hubungan kerjasama industri dan akademia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dan berkelayakan, seterusnya merapatkan jurang kemahiran yang wujud dalam kalangan graduan tempatan.

Sila sahkan kehadiran anda melalui e-mel kepada jhaiyasree@mida.gov.my sebelum 20 Mac 2019 (Rabu), jam 5.00 petang.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Jhaiyasree Walaidam
Corporate Communications Division
Tel : 603 2267 6765
Faks : 603 2260 1641
Emel : jhaiyasree@mida.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.