|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 27/03/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN PAMERAN LAKARAN LANGKAWI DAN KATASILA
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Balai Seni Negara Cawangan Langkawi akan mengadakan Pameran Lakaran Langkawi dan Katasila bermula 28 Mac hingga 31 Mei 2019.
Pameran Lakaran Langkawi menampilkan 70 buah karya imej-imej pemandangan sekitar Makam Mahsuri, Gunung Mat Cincang, Gunung Raya, Bukit Sawar, Belanga Pecah, Pulau Dayang Bunting, Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi Sky Cab, Pantai Chenang dan beberapa destinasi menarik Pulau Lagenda ini. Manakala Pameran Katasila pula merupakan gubahan karya konvensional yang digabungkan dengan elemen teknologi yang akan dipersembahkan dalam bentuk GIF.
Sehubungan itu, satu majlis perasmian akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 29 Mac 2019
Masa: 8.00 malam
Tempat: Balai Seni Negara, Cawangan Langkawi,
Dayang Walk Commercial Square, Kuah, Langkawi
VIP: YB Datuk Mohamaddin Ketapi,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sila klik sini untuk E-Invite Pameran Lakaran Langkawi & Katasila
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Norbaidah Ambak
Tel: 019-2209387
Nama: Puan Annisa
Tel: 010-3660682
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|