|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/03/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM (IPIM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melancarkan program pendidikan "Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium" (IPIM).
Program ini bertujuan untuk memartabatkan sejarah dan budaya negara. Justeru IPIM dirangka menerusi gabungan pendidikan formal dan tidak formal dengan menggunakan pendekatan "hands-on" terhadap artifak muzium sebagai sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi.
Sehubungan itu, satu majlis perasmian akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 3 April 2019
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Jabatan Muzium Malaysia
VIP : YB Datuk Mohamaddin Ketapi,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sila klik disini untuk Program.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Jamil
Tel: 019-964 3940
Nama: Puan Norfiza
Tel: 019-267 3138
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|