|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/03/2019
MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Terbitan IKIM bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang akan dirasmi YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 1 April 2019
Masa: 1.30 - 3.00 petang
Tempat: Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur.
Program
1.30 ptg : Ketibaan YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail
Timbalan Ketua Pengarah, IKIM
: Ketibaan YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, IKIM
1.45ptg : Ketibaan YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi IKIM
2.00 ptg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
2.15 ptg : Ucapan pelancaran
YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi IKIM
2.30 ptg : Gimik Pelancaran
i) Daging Kultur : Sejarah, Konsep & Hukum Islam
ii) Filantropi Islam & Wakaf Korporat Di Malaysia
iii) Al-Quran & Peradaban
iv) Harmony Between Science & Religion
v) Islam & Pemuliharaan Biodiversiti
vi) Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar & Anda
(E-Buku terjemahan Bahasa Arab)
2.45 ptg : Serahan cenderahati kepada Pengerusi IKIM
: Sesi bergambar penulis/penyunting
3.00 ptg : Lawatan ke gerai IKIM dan
: Bersurai
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah sekali lagi dijemput menjadi rakan media dan juga peserta dan pempamer di dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019). Tema Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) tahun ini adalah #MalaysiaMembaca anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada 29 Mac 2019 - 7 April 2019 bertempat Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.
Bersempena PBAKL 2019, IKIM turut menganjurkan beberapa program pentas seperti Majlis Pelancaran Buku IKIM, Refleksi Buku, Bicara Santai Wakaf Korporat dan Forum Bicara Ad-Din serta acara Bersama Penyampai Radio IKIM dan Penulis/Penyunting di reruai IKIM.
Antara objektif utama penglibatan IKIM di program ini adalah untuk :
i) Mempamer dan mempromosikan secara terus penerbitan, program dan produk
IKIM di acara yang berskala besar bagi menarik minat masyarakat untuk lebih mengenali IKIM;
ii) Mendekatkan masyarakat kepada peranan dan fungsi IKIM;
iii) Memenuhi pendekatan booth IKIM sebagai one stop centre pada tahun 2019
melibatkan pelbagai produk dan aktiviti IKIM;
iv) Memenuhi pelan strategik IKIM ke-6, mengukuhkan penjenamaan dan pelan
strategik ke-9 Pengukuhan Kewangan; dan
v) Bersama untuk menjayakan transformasi industri buku Negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|