|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 29/03/2019
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN 'OPS KESAN' PERKESO PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Pelancaran 'Ops Kesan' PERKESO 2019 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 1 April 2019
Masa: 9.00 pagi
Tempat: PERKESO Pulau Pinang, Wisma PERKESO, No. 269, Jalan Burma, 10538 Georgetown, Pulau Pinang
Perasmian Oleh: YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman B. Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO
Ops Kesan adalah merupakan satu program pengesanan majikan yang belum berdaftar perusahaan dan pekerja mereka dengan PERKESO dan program ini di adakan secara besar-besaran dan serentak di seluruh negara.
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan semua pekerja mendapat hak perlindungan keselamatan sosial dengan sewajarnya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Wan Norshakila Abd Satar
Tel: 012-604 0964
Nama : Cik Faten Nabila Roslan
Tel : 017 940 6424
-BERNAMA |
|
|
|
|
|