|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 29/03/2019
PERTANDINGAN ANIMASI CFM (PERINGKAT AKHIR): "CFM ANIMATCH 2019"
FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (CFM)
MENJEMPUT RAKAN-RAKAN MEDIA KE PERTANDINGAN ANIMASI CFM (PERINGKAT AKHIR):"CFM ANIMATCH 2019"
Sebagai pengenalan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah sebuah forum industri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang ditubuhkan sejak Februari 2001.
CFM ANIMATCH adalah pertandingan animasi yang pertama kali dianjurkan oleh CFM untuk mencabar penggiat dunia animasi menyerlahkan bakat dan karya mereka bagi menghasilkan video-video animasi yang kreatif dengan membawa mesej yang mengetengahkan isu-isu yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia.
10 finalis CFM ANIMATCH yang disertai oleh bakat-bakat muda dan karyawan animasi berentap untuk memenangi gelaran juara dan wang tunai sebanyak RM8,500. Semua video animasi finalis akan ditayangkan pada hari kemuncak sebelum pemenang diumumkan.
Majlis ini akan dihadiri oleh panel juri dan mentor yang memberi tunjuk ajar kepada finalis CFM ANIMATCH iaitu Bapa Animasi Negara, Hassan Abd Muthalib; Mike Ismail - Pengarah Filem Animasi; dan Ayie Ibrahim - Pengarah Animasi Creatvtoon Studio.
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir.
Sehubungan itu, kami menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke PERTANDINGAN ANIMASI CFM - "CFM ANIMATCH 2019" pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 31 Mac 2019
Masa: 9.00 am - 12.00 pm
Tempat: AUDITORIUM, MCMC (BANGUNAN LAMA), CYBERJAYA
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Roharrashidah Abdul Halil
Tel: 017 - 896 1588
Emel: roharrashidah@cfm.my
Nama: Nur Shazwani Zainuddin
Tel: 017 - 401 2010
Emel: shazwani@cfm.my
Nama: Noor Shadhdiella Abd Manan
Tel: 019 - 324 6036
Emel: shahdiella@cfm.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|