Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Ahad 31/03/2019

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN 'OPS KESAN' PERKESO KEBANGSAAN BERSAMA KWSP 2019 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Dimaklumkan bahawa PERKESO Negeri Terengganu akan mengadakan Majlis Pelancaran 'Ops Kesan' PERKESO bersama KWSP seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 1 April 2019

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Wisma PERKESO, Jalan Air Jernih, 20538 Kuala Terengganu

Perasmian Oleh: Hajah Nora binti Yaacob, Pengarah PERKESO Negeri


Ops Kesan adalah merupakan satu program pengesanan majikan yang belum berdaftar perusahaan dan pekerja mereka dengan PERKESO dan program ini di adakan secara besar-besaran dan serentak di seluruh negara.

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan semua pekerja mendapat hak perlindungan keselamatan sosial dengan sewajarnya.

Keistimewaan pada tahun 2019, PERKESO dan KWSP Negeri Terengganu akan menjalankan Ops Kesan ini bersama-sama.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Mohd Sabri bin Ramli
Tel: 012-6122847

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.