Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Khamis 04/04/2019

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PENGISYTIHARAN KLON BAHARU BELIMBING MARDI

Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan MAJLIS PENGISYTIHARAN KLON BAHARU BELIMBING MARDI yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 7 April 2019

Masa: 8.00 pagi

Tempat: MARDI Kluang
Beg Berkunci 525,
86000 Kluang, Johor

Muat turun brosur program di pautan berikut: https://tinyurl.com/y3bnp4kr

Sebagai makluman pihak Tuan/Puan, belimbing merupakan salah satu tanaman buah yang penting untuk pasaran eksport di negara kita. MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan klon baharu belimbing berkualiti. Melalui prestasi ujian multilokasi, Hibrid MSTAR 1 telah menunjukkan ciri-ciri yang baik dari segi kandungan gula, saiz buah, nisbah gula kepada asid, kekelatan, vitamin C, asid oksalik, warna kulit dan hasil. Seterusnya ia dipilih sebagai klon baharu belimbing MARDI.

Antara liputan media yang menarik sepanjang program tersebut ialah:

i. Lawatan YB Menteri ke Plot Ladang Belimbing MARDI (aktiviti menanam anak pokok belimbing, menuai buah belimbing dan uji rasa)

ii. Majlis Pelancaran Klon Belimbing Baharu

iii. Sesi Sidang Media

iv. Sesi Dialog YB Menteri MOA bersama Pengusaha Buah-Buahan

v. Temuduga Penjana Teknologi bersama Media

Kami turut menyediakan kenderaan khas media untuk bergerak dari MARDI Kluang ke Plot Belimbing. Kenderaan akan bertolak pada jam 8.15 pagi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.