|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 05/04/2019
FORUM BICARA AD-DIN "AL-QURAN DAN BUDAYA MEMBACA"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Forum Bicara Ad-Din "Al-Quran dan Budaya Membaca" bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 6 April 2019
Masa: 10.00 pagi-12.00 tgh
Tempat: Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur
Salah satu acara yang akan dilaksanakan oleh IKIM di PBAKL 2019 adalah Forum Bicara Ad-Din "Al-Quran dan Budaya Membaca" dimana diadakan khusus bersempena pelancaran buku terbitan IKIM bertajuk Al-Quran dan Peradaban.
Dua orang panel jemputan, YBhg. Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Felow Utama/Pengarah Pusat SYARAK, IKIM dan Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, Penulis, Kolumnis & Pengurus Besar Fitrah Perkasa akan membicarakan berkenaan topik "Al-Quran dan Budaya Membaca".
Selepas acara berlangsung, sesi autograf bersama penulis turut diadakan. Istimewanya dalam masa yang sama, satu sesi autograf bersama pemenang Anugerah Buku Negara 2019 menerusi buku Fatwa dan Perbezaan Pandangan: Cabaran dan Penyelesaian akan di adakan di reruai IKIM.
Para pengunjung boleh mendapatkan buku dengan tajuk yang sama dengan potongan harga 40 % semasa sesi berlangsung. Pengunjung juga boleh mendapatkan produk-produk lain IKIM di gerai bernombor 7 & 8, Ruang Legar Putra, PWTC.
Sebagai usaha publisiti, pihak IKIM menjemput Editor/Pengarang dan jurugambar/juruvideo membuat liputan bersempena majlis tersebut.
Program
9.50 pagi: Ketibaan tetamu jemputan & media
10.00 pagi: Aluan Pengacara Majlis
10.15 pagi: Forum Bicara Ad-Din
"Al-Quran dan Budaya Membaca"
Moderator: Syafiq Zulakifli
(Penyampai Radio IKIM)
Panelis:
1) YBhg. Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran
Felow Utama/Pengarah Pusat SYARAK
2) Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Penulis, Kolumnis & Pengurus Besar Fitrah Perkasa
11.30 pagi: Sesi Soal Jawab
12.00 tgh: Sesi autograf
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan forum bicara tersebut.
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253
Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|