|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 08/04/2019
SIDANG MEDIA MAJLIS PENGUMUMAN KUTIPAN PECAH PANGGUNG
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal adalah filem keluaran Les' Copaque Production Sdn Bhd. Filem ini telah ditayangkan pada 21hb Mac 2019 di lebih 156 buah pawagam seluruh Malaysia dan tayangan serentak di Brunei dan Singapura. Setelah 3 minggu ditayangkan, filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal telah mencatat kutipan yang sangat memberangsangkan.
Oleh itu, majlis ini adalah bertujuan untuk mengumumkan jumlah kutipan rasmi filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal dan beberapa pengumuman lain yang melibatkan kerjasama di antara Les' Copaque Production dan negara luar.
Maklumat sidang media:
Hari/Tarikh : Khamis 11 April 2019
Masa : 3.00 petang
Tempat : Ballroom A, Level 2, Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral
Program
3.00 petang : Pendaftaran dan kehadiran media
3.30 petang : Sidang Media bermula
4.30 petang : Tayangan Video
: Sesi Soal Jawab
5.15 petang : Sesi bergambar
5.30 petang : Jamuan ringan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
Sumber: Les' Copaque Production Sdn. Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurulhuda Sharabuddin
Emel: nurulhuda@lescopaque.com
Tel: 0123880571
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|