Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 10/04/2019

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA PASUKAN BOLA SEPAK KSKS MOTAC FC MENENTANG PASUKAN BOLA SEPAK OLA BOLA FC

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak KSKS MOTAC FC akan mengadakan Perlawanan Persahabatan menentang Pasukan Bola Sepak Ola Bola FC pada 11 April 2019 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di TSI Sports Arena, Cyberjaya.

Perlawanan Persahabatan ini akan dihadiri serta disempurnakan gimik sepak mula oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Perlawanan Persahabatan ini diadakan bertujuan memupuk semangat kesukanan yang tinggi serta membentuk warga negara yang kekal cergas melalui aktiviti sukan sekaligus menjadi platform utama dalam usaha meningkatkan rangkaian kerjasama di antara pihak Kementerian bersama dengan penggiat industri seni budaya tanah air.

Wakil-wakil media dijemput untuk membuat liputan media seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 11 April 2019

Masa: 8.00 malam

Tempat: TSI Sports Arena, Cyberjaya

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan perlawanan persahabatan tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: SHAMIN AZIM​
Tel: 03-8891 7188
Emel: farah.shamin@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.