Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Khamis 11/04/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF TEKSTIL BORNEO 2019

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh: Ahad 14 April 2019

Masa: 4.00 petang

Tempat: Suria Sabah Shopping Mall
Kota Kinabalu, Sabah

Sila klik di sini untuk Program

Berkonsepkan 'Jalinan Inspirasi Kehidupan Etnik Sabah dan Sarawak' Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan kraf tekstil Sabah dan Sarawak dalam mempromosi dan memasarkan produk kraf tekstil secara terus kepada pengguna.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672

Nama: Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.