Disember 05, 2025 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 12/04/2019

PERSIDANGAN MEJA BULAT PENGURANGAN SISA MAKANAN: KE ARAH KESEPADUAN USAHA BERSAMA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh: Isnin 15 April 2019

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Dewan Besar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)



PROGRAM (TENTATIF)

8.00 am : Pendaftaran

9.00 am : Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Moderator
Nor Azaruddin Husni bin Haji Nuruddin
Felow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), IKIM

9.10 am : Kertas 1:
Kerangka Islami Dalam Usaha Pengurangan Sisa Makanan

YBrs. Puan Azrina Sobian
Felow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), IKIM

9.50 am : Kertas 2:
Projek Pengurangan Sisa Makanan Bersama Komuniti:
Pengalaman SWCorp

YBhg. Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal)
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

10.30 am : Kertas 3:
JAWI Food Bank: Jaringan Kerjasama Dalam
Menangani Masalah Pembaziran Makanan

YBhg. Tuan Haji Mohd. Ajib Ismail
Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

11.10 am : Kertas 4:
Grub Cycle: Generasi Muda dan Gerakan Pengurusan Sisi Makanan

Siti Hawa Khairunnisa Mohd Roslan
Pengasas Bersama, Grub Cycle

11.50 am : Kertas 5:
Kajian Pengurangan Sisa Makanan Melalui Program Intervensi Agama

Gesyeana Bazlyn Zamri, Pelajar Sarjana, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

12.30 pm : Sesi Soal Jawab

1.00 pm : Makan Tengah hari


Pengenalan

Di Malaysia, saban tahun berlakunya peningkatan pembaziran makanan ketika musim perayaan iatu semasa Bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Daripada tiga perayaan yang dinyatakan ini, dua daripadanya adalah perayaan bagi umat Islam. Jumlah makanan yang dibazirkan ketika musim perayaan itu meningkat antara 15 hingga 20 peratus daripada hari biasa.

Dalam keadaan biasa, rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan sisa makanan setiap hari (tahun 2015). Daripada jumlah ini, 3000 tan adalah makanan yang elok dan masih boleh dimakan. Dalam hal ini, isi rumah atau lebih mudah dikenali sebagai "keluarga" menghasilkan sisa makanan paling tinggi (38 peratus) berbanding pasar basah (24 peratus), restoran (23 peratus) mahupun hotel (7 peratus). Secara puratanya, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli, membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari.

Dengan kesedaraan bahawa masalah ini perlu diatasi secara bersama dan perlunya penglibatan pelbagai pihak, maka langkah-langkah untuk menggerakkan usaha ke arah pengurangan sisa makanan secara bersepadu dan terancang perlulah dilakukan dengan segera.

Oleh itu, persidangan meja bulat ini diadakan untuk memahami usaha-usaha atau program-program yang telah dilaksanakan dalam usaha pengurangan sisa makanan di Malaysia dan seterusnya merangka langkah-langkah baharu yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha mengatasi masalah peningkatan sisa makanan di Malaysia.

Objektif

(i) Untuk memetakan pelbagai usaha atau program pengurangan sisa makanan yang telah dilaksanakan sehingga kini.
(ii) Untuk menyokong kerjasama pelbagai pihak dalam usaha pengurangan sisa makanan di negara ini.
(iii) Untuk merangka satu cadangan ke arah menggerakkan usaha bersama dalam program pengurangan sisa makanan di negara ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.