|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/04/2019
MAJLIS PELANCARAN "AL-AWFAR BAHARU" BANK ISLAM
LEBIH PELUANG, LEBIH PEMENANG, LEBIH LUMAYAN
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan meraikan ulang tahun ke-10 produk akaun pelaburan Al-Awfar dengan mengumumkan beberapa pembaharuan kepada produk tersebut. Dikenali sebagai "Al-Awfar Baharu", akaun pelaburan ini akan memberi tawaran yang lebih menarik kepada para pelanggannya termasuklah peningkatan dalam jumlah nilai hadiah sehingga RM14.0 juta.
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam.
Sehubungan itu, kami berbesar hati ingin mengundang wakil-wakil media untuk membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Butiran majlis dan atur cara adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 16 April 2019
Masa: 11:30 pagi - 2:30 petang
Tempat: Grand Ballroom 1 & 2,
Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur
Program
11:30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
12:00 tengah hari : Kata Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed,
Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam
: Gimik Pelancaran "Al-Awfar Baharu"
: Sidang Media
: Jamuan Tengah Hari
2:30 petang : Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA |
|
|
|
|
|