Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Rabu 17/04/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN PAMERAN HOPE: CERITA DARI LEMBAH HARAPAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Balai Seni Negara, Majlis Penempatan Sungai Buloh, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Suriwong Sdn. Bhd. akan menganjurkan pameran yang bertajuk Hope: Cerita Dari Lembah Harapan pada 8 April sehingga 10 Jun 2019 bertempat di Creative Space (Galeri Potret) Balai Seni Negara.

Pameran Hope: Cerita dari Lembah Harapan akan dirasmikan oleh YBrs. Cik Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Malaysia (Kebudayaan).

Wakil-wakil media dijemput untuk membuat liputan media seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 18 April 2019

Masa: 3.00 petang

Tempat: Galeri Potret, Balai Seni Negara

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: SHAMIN AZIM​
Tel: 03-8891 7188
Emel: farah.shamin@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.