Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 25/04/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN "PESTA BUDAYA DAN MASAKAN WARISAN MINANGKABAU"

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Muzium Malaysia akan menganjurkan Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau.

Objektif program ini adalah untuk mengetengahkan khazanah warisan budaya Minangkabau di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan memastikan kesinambungan adat dan warisan Minangkabau terus terpelihara. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai persembahan kebudayaan sambil menikmati beraneka juadah masakan warisan, jualan produk tekstil seperti kain sulaman dan batik dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, satu majlis perasmian akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 28 April 2019

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Dataran Muzium, Jabatan Muzium Malaysia

VIP: YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim


Program

10.00 pagi: Ketibaan tetamu jemputan

11.15 pagi: Ketibaan tetamu VVIP
YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Puan Seri Maznah Rais

- Persembahan silat oleh WAKAM
- Persembahan tarian oleh ISI P.Panjang

Ucapan alu-aluan oleh En. Haswin Darwis

Bacaan doa oleh Ustad Khairiel Muktar

Ucapan alu-aluan oleh YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim,
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia

- Persembahan Kebudayaan oleh ISI Padang Panjang

Ucapan dari Ketua Kampung Minangkabau oleh En. Andika Cendikia

- Persembahan Kebudayaan oleh ISI Padang Panjang

Ucaptama dan Perasmian Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim

- Sambutan Ulang Tahun Pertama Pertubuhan JM3
- Pelancaran buku Generasi Emas pemikir Gadang Minangkabau
- Pelancaran "Minangkabau Card"
- Penyampaian Cenderamata

Persembahan nyanyian

Lawatan VVIP melawat gerai pameran

1.15 petang: Makan tengah hari

Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Jamil
Tel: 019-964 3940

Nama: Puan Norfiza
Tel: 019-267 3138

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.