|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 26/04/2019
MAJLIS PELANCARAN MARHABAN YA RAMADAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1440H / 2019M
"RAMADAN TANPA PEMBAZIRAN"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M-Ramadan Tanpa Pembaziran yang akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 29 April 2019
Masa: Rujuk program
Tempat: Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Pengenalan
Menjadi suatu perkara yang penting agar keberkatan Ramadan tidak dicemari dengan unsur pembaziran makanan. Statistik SWCorp menunjukkan rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan metrik sisa makanan setiap hari. Daripada jumlah ini, 3,000 tan metrik sisa makanan yang dibuang itu ialah makanan yang masih boleh dimakan. Jumlah 3,000 tan metrik makanan yang masih elok ini adalah mencukupi untuk dimakan oleh 2.2 juta orang.
Statistik ini merupakan satu perkara yang perlu disedari oleh semua betapa begitu banyak sekali makanan yang dibazirkan dan dibuang oleh rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, sebagai satu langkah konstruktif, IKIM bersama rakan strategik yang lain ingin mencadangkan supaya satu inisiatif pencegahan pembaziran makanan dianjurkan bersempena bulan Ramadan pada tahun ini. Usaha ini perlu dipaksikan kepada institusi masjid sebagai pemangkin utama sesuai dengan konsep Masjid RAHMAH iaitu ramah, aman, harmoni, mesra pelanggan, alami dan hormat.
Inisiatif pencegahan pembaziran makanan ini amat sesuai dengan aspek "alami" dalam konsep Masjid RAHMAH, dan selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals terutamanya matlamat ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production).
Penganjuran inisiatif turut melibatkan agensi-agensi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia serta beberapa NGO penggerak pencegahan pembaziran makanan.
Di antara objektif program adalah seperti berikut:
(i) Menerapkan kesedaran kepada umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya bahawa pembaziran makanan adalah perbuatan yang amat dilarang dalam agama kerana ia membawa kepada pembaziran sumber dan memudaratkan alam sekitar.
(ii) Menggerakkan institusi masyarakat khususnya masjid sebagai pemangkin kepada usaha pencegahan pembaziran makanan dengan bermula di peringkat kariah sesuai dengan konsep Masjid RAHMAH.
(iii) Menerangkan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh pelbagai pihak dalam memastikan pembaziran makanan dapat dikurangkan.
Program
8.00 pagi: Pendaftaran peserta / Sarapan Pagi
9.00 pagi: Slot I
Forum Marhaban Ya Ramadan
Tajuk: "Ramadhan Tanpa Pembaziran"
Panel 1: Puan Azrina binti Sobian
(Fellow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM)
Panel 2: Dr. Mohd Pauze bin Mohamad Taha
(Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Swcorp)
Moderator: Muhammad Syafiq Mehammad Salleh Alai Huddin
10.00 pagi : Slot II
Bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPZ
10.45 pagi: Ketibaan Ketua Pengarah JAKIM dan Ketua-Ketua Agensi
10.50 pagi: Ketibaan YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Ketibaan YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Ketibaan YB Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis @ Fakharudy
Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)
10.55 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
11.00 pagi: Majlis Perasmian dimulakan:
Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Persembahan Nasyid Kumpulan Ar-Rayyan Masjid KLCC
Ucapan Oleh:
YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
YB Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis @ Fakharudy,
Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)
Ucapan Perasmian Oleh:
YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pelancaran Majlis Marhaban Ya Ramadan
Gimik Perasmian (Montaj)
Penyerahan Poster kepada Wakil-Wakil Negeri dan wakil-wakil Chef Hotel
Penyampaian "Bantuan Kepada Masjid, Surau Diri Jumaat dan Surau-surau di Wilayah Persekutuan"
Upacara Penyerahan Watikah Amil-amil Zakat Fitrah
Lawatan ke Tapak Pameran
12.30 tgh: Makan Tengah hari dan Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|