Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 26/04/2019

JEMPUTAN MEDIA BAGI TUJUAN MEMBUAT LIPUTAN ACARA LABOUR DAY RUN & RIDE 2019 SEMPENA HARI PEKERJA 2018, 28 APR 2019

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan acara di atas sempena Hari Pekerja 2019 dan PERKESO ingin memohon kerjasama pihak media untuk membuat liputan bagi program tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 28 April 2019

Masa: 06.30 Pagi

Tempat: Dataran Putrajaya (Berhadapan Istana Kehakiman) Putrajaya

Objektif PERKESO mengadakan acara ini adalah sebagai salah satu usaha PERKESO bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat di kalangan pekerja. Acara ini menggalakkan pekerja membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin harian dan gaya hidup sihat bersama rakan dan keluarga.

Tujuan jemputan ini dipanjangkan untuk membolehkan liputan dapat dibuat mengenai usaha PERKESO dalam memastikan semua pekerja di Malaysia dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan sentiasa sihat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Wan Norshakila Abd Satar
Te: 012 6040964

Nama: Cik Faten Nabila
Te: 017 940 6424

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.