|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 30/04/2019
MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN ZAKAT AKAUN SIMPANAN & PELABURAN
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan melancarkan perkhidmatan baharu iaitu kemudahan pengiraan dan pembayaran zakat secara automatik bagi akaun simpanan dan pelaburan para pelanggannya yang beragama Islam.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan dari Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Zakat Kedah.
Di majlis yang sama, Bank Islam menerusi platform Sadaqa House akan bekerjasama dengan dua (2) Pembuat Perubahan (Change-Makers) iaitu Buku Jalanan Chow Kit dan Brain For Future dalam melaksanakan projek bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan modal insan yang terpinggir.
Butiran majlis dan atur cara adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 2 Mei 2019
Masa: 2:30 petang - 4:00 petang
Tempat: Tingkat 10, Function Hall, Menara Bank Islam,
No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur
Program
2.30 petang: Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
3.00 petang: Kata Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam
- Pelancaran Perkhidmatan Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan Bank Islam.
- Sesi Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman bersama Change-Makers Sadaqa House.
Sidang Media
Minum Petang
4.00 petang: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA |
|
|
|
|
|