|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 08/05/2019
MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK
Dengan segala hormatnya rakan-rakan media dijemput ke Majlis Agihan Bubur Lambuk yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 9 Mei 2019
Masa : 3.45 Petang
(**Pendaftaran Media bermula jam 3.30 Petang)
Tempat : Galeri Jualan Kompleks PKNS Shah Alam (bersebelahan McDonald)
Program
3.45 petang : Ketibaan Tetamu
4.00 petang : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
4.05 petang : Ucapan Pengacara Majlis
: Gimik Perasmian Majlis Bubur Lambuk
: Pengagihan Bubur Lambuk Kepada :
- Pengunjung
: Bersurai
Bersempena sambutan Bulan Ramadhan 1440H ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan Majlis Agihan Bubur Lambuk bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg. Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain akan menyempurnakan agihan bubur lambuk ini dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani; wakil Persatuan Teksi Kompleks PKNS serta Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|