|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 09/05/2019
MAJLIS IFTAR RAMADHAN PKNS 2019
Bersempena Bulan Ramadhan 1440H ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Iftar Ramadhan PKNS 2019 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 10 Mei 2019
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Grand Ballroom, Shah Alam Convention Centre (SACC)
Program
5.30 Petang: Ketibaan & Pendaftaran Anggota
6.15 Petang: Ketibaan Tetamu Jemputan
6.25 Petang: Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
6.30 Petang: Tazkirah Ramadan
7.20 Malam: Azan Maghrib dan Berbuka Puasa
: Solat Maghrib Berjemaah
: Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
: Makan Malam
: Persembahan Pentas
: Penyampaian Sumbangan CSR
: Solat Isya' Berjemaah & Tarawih
: Bersurai
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg. Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain akan menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada 10 surau yang dibina di kawasan perumahan meliputi 11 pusat pertumbuhan baharu PKNS serta sumbangan kepada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) sebagai bantuan modal perniagaan kepada 13 orang asnaf fakir miskin di bawah Lembaga Zakat Selangor.
Kerjasama wakil-wakil media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Iftar Ramadhan PKNS 2019 tersebut.
Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|