Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 10/05/2019

JEMPUTAN MEDIA BAGI TUJUAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN NEURO-ROBOTICS REHABILITATION & CYBERNICS CENTRE

Semua rakan media dijemput untuk membuat liputan Majlis Perasmian Neuro-Robotics Rehabilitation & Cybernics Centre oleh PERKESO yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 13 Mei 2019

Masa: 10.30 Pagi

Tempat: Pusat Rehabilitasi Tun Abd Razak PERKESO,Lot PT 7263, Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka


Objektif PERKESO
Untuk mempromosikan dan memperkenalkan teknologi HAL@ Robot Suit kepada orang ramai terutamanya Orang Berinsurans. Ia juga akan menonjolkan teknologi HAL@ Robot Suit yang pertama di Malaysia yang akan meningkatkan kepercayaan Orang Berinsurans dan orang berkepentingan bagi organisasi terhadap kebolehupayaan PERKESO sebagai pengamal keselamatan sosial terunggul.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Wan Norshakila Abd Satar
Tel: 012 604 0964

Nama: Cik Faten Nabila
Tel: 017 940 6424

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.