Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 10/05/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA IFTAR@KL 2019

Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan IFTAR@KL 2019 sepanjang Ramadan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 11 & 12, 18 & 19, 25 & 26 Mei 2019. Program bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Hadapan Panggung Bandaraya, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara pengisian IFTAR@KL 2019 adalah Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai, Agihan Bubur lambuk percuma, Tazkirah Ramadan, Konsert Ramadan, Kaunter Zakat, Klinik Tahsin Al-Quran, Moreh dan macam-macam lagi. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah juga diadakan di sepanjang program Iftar@KL 2019 berlangsung. Majlis IFTAR@KL 2019 ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.

Hari/Tarikh : (Sabtu & Ahad) 11 dan 12 Mei 2019

Masa: 6.00 petang

Tempat : Hadapan Panggung Bandaraya,
Dataran Merdeka, Jalan Raja,
Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Nik Mohd Fadly
Tel: 013-3822115

Nama: Puan Eldawati
Tel: 019-8091805

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.