Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 24/05/2019

PROGRAM IKIM PRIHATIN SEMPENA RAMADAN 1440H

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kelab IKIM serta Pusat Zakat Selangor akan menganjurkan Program IKIM Prihatin Sempena Ramadan 1440H seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 27 Mei 2019

Masa: Rujuk Program

Tempat: Pasaraya MyDin Subang Jaya


Pengenalan
Program ini merupakan sebuah program inisiatif Radio IKIM untuk mengimarahkan bulan Ramadan melalui penganjuran program kebajikan dan kemanusiaan.

Konsep ziarah akan digunapakai bagi tujuan mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan. Melalui program ini, Radio IKIM bersama rakan kerjasama akan meraikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang layak menerima bantuan berdasarkan pemerhatian dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Seramai 40 orang anak-anak asnaf di jangka akan menerima manfaat dan diraikan melalui program ini. Setiap kanak-kanak akan bersama-sama 'keluarga angkat' untuk membeli- belah sekurang-kurangnya dua persalinan pakaian sempena menyambut Aidilfitri yang dianggarkan berjumlah RM200 setiap seorang.

Objektif:

i) Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap peranan yang dijalankan oleh Radio IKIM sebagai media Islam yang prihatin terhadap mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan.

ii) Memberi pendedahan dan galakan kepada masyarakat untuk terlibat sama melalui aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kebajikan anjuran IKIM.

iii) Memastikan warga asnaf tidak terpinggir di samping meringankan beban keluarga mereka di dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Program

10.00 pagi: Sukarelawan/urusetia bertolak menaiki bas

11.00 pagi: Ketibaan anak-anak asnaf & sukarelawan

11.05 pagi: Ketibaan Pengurusan IKIM

11.15 pagi: Sesi taklimat oleh pihak MyDin

Penyerahan peserta kepada keluarga angkat

11.30 pagi: Aktiviti membeli-belah pakaian bermula

12.30 tengah hari: Peserta & sukarelawan berkumpul

Penyerahan Duit Raya (Tajaan Medshoe)

1.00 petang: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program IKIM Prihatin
Sempena Ramadan 1440H tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA






 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.