|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 24/05/2019
Jemputan Liputan Media Jom MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli Oleh MPOB
Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama JAKOA akan menganjurkan Program JOM MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli bagi Negeri Pahang yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama.
Majlis yang melibatkan penyertaan 500 peserta ini terdiri daripada pekebun kecil sawit orang asli yang berada di Daerah Rompin, Pekan, dan Bera dan kawasan sekitar Muadzam Shah.
Jom MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli adalah antara siri penerangan anjuran MPOB untuk memberi kesedaran dan penyertaan pekebun kecil orang asli dalam pensijilan mampan MSPO.
Butiran majlis seperti berikut:
Acara: Jom MSPO Pekebun Kecil Sawit Orang Asli
Hari/Tarikh: Isnin 27 Mei 2019
Masa: 5.30 ptg- 8.00 mlm
Tempat: Dewan Besar DARA, Muadzam Shah
Koordinat GPS : 3°03'49.8"N 103°04'42.4"E
( https://goo.gl/maps/o7RLoRNuvuGoukmE8)
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Kementerian Industri Utama
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar
Pegawai Tadbir, Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Tel: +6019-2065490
-BERNAMA |
|
|
|
|
|