Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 18/06/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) AIDILFITRI 1440H/2019M

Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 1440H / 2019M di Muzium Diraja (Istana Negara Lama), Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun 2019. MRTM Aidilfitri 1440H/2019M akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Jun 2019. Majlis ini juga turut dihadiri oleh barisan Jemaah Menteri yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) AIDILFITRI 2019

Hari/Tarikh: Jumaat 21 Jun 2019

Masa: Rujuk Program

Tempat: Muzium Diraja, Kuala Lumpur


Program

10.00 pagi: Persiapan menghias kawasan sekitar tapak acara
(Perlambangan persediaan menyambut hari raya)

Memasang panjut / lampu raya

Persediaan untuk sesi rewang

Persediaan demonstrasi interaktif seperti menganyam ketupat / mengacau dodol / memasak wajik / membakar lemang dan bahulu

1.00 petang: Rehat dan solat Zohor / Jumaat

3.00 petang: Acara persediaan persiapan bersambung

4.30 petang: Rehat dan solat Asar

5.00 petang: Acara persediaan persiapan bersambung

7.00 malam: Rehat dan solat Maghrib

8.00 malam: Aktiviti rewang / gotong-royong memasak (komuniti
bersama pelancong) bermula

10.30 malam: Raptai penuh acara Perasmian MRTM Aidilfitri 2019

12.00 malam: Acara tamat

*makanan dan minuman disediakan di sepanjang majlis

MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) AIDILFITRI 2019

Hari/Tarikh: Sabtu 22 Jun 2019

Masa: Rujuk Program

Tempat: Muzium Diraja, Kuala Lumpur


Program

1.00 petang: Ketibaan tetamu jemputan

2.00 petang: Ketibaan YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik,
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Puan Juzlinda binti Mohamed Ibrahim

2.15 petang: Ketibaan YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Datin Zarinah binti Muhammad Ibrahim

2.20 petang: Ketibaan YB Tuan Khalid bin Abd Samad
Menteri Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Puan Zaitun binti Abu Bakar

2.30 petang: Ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Timbalan Perdana Menteri bersama YABhg. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim

-Acara Sambutan Ketibaan
-Nyanyian lagu Negaraku
-Nyanyian lagu Malaysia Bersih
-Bacaan Doa

-Ucapan Perasmian oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Timbalan Perdana Menteri

-Tanda Pelancaran Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2019

-Persembahan sisipan Aidilfitri

4.00 petang: YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Timbalan Perdana Menteri bersama YABhg. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
serta dif kenamaan yang lain meninggalkan majlis

MRTM Aidilfitri 1440H / 2019M merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan industri pelancongan negara, memperkenalkan seni dan budaya negara seterusnya menarik 30 juta pelancong asing ke Malaysia sempena kempen Melawat Malaysia 2020 dengan penjanaan pendapatan pelancongan RM100 bilion dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Seni dan Budaya Antarabangsa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2019 pada 21 - 22 jun 2019 tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Fazil bin Wel
Tel: 03-88917190 / 012-3952469

Nama: Pn. Siti Aishah binti Othman
Tel: 03-88917193 / 017-7563074

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.