|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 19/06/2019
JEMPUTAN: MAJLIS KORPORAT RAYA AGROBANK 2019 DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN "KITA-KITA AJE"
Agrobank akan menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Hadiah bagi Kempen "Kita-Kita Aje". Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 20 Jun 2019
Masa: 12:00 tengah hari - 3:00 petang
Tempat: Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor
Pakaian: Baju Kebangsaan/Baju Batik/Korporat/Pakaian Pejabat
Sila klik sini untuk Aturcara Majlis Korporat Raya Agrobank
Untuk makluman tuan/puan, pada sambutan syawal tahun ini, Agrobank akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang "Kempen Kita-Kita Aje". Dua (2) pemenang utama akan membawa pulang jongkong emas 999 seberat 1kg dan sebuah Honda HRV 1.8L. Hadiah akan disampaikan oleh YB Tuan Sim Tze Zin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
Pada majlis ini juga Agrobank akan mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM104,500 kepada lima (5) buah pertubuhan kebajikan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Korporat Raya Agrobank 2019 tersebut.
Sumber: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101 766
-BERNAMA |
|
|
|
|
|