Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 24/06/2019

Majlis Perasmian Bicara Teknologi FRIM Pada 26 Jun 2019 (Rabu) Di Hotel UCSI, Kuching

Dengan sukacita, saya bagi pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ingin menjemput wakil-wakil media dari organisasi tuan/puan untuk menghadiri serta membuat liputan mengenai majlis yang tersebut di atas.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Datu Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Sarawak pada:

Hari/Tarikh: Rabu 26 Jun 2019

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Ballroom 1, Hotel UCSI, Kuching
Lot 2864, Block 7, Muara Tebas Land District, 93450 Kuching
Google Maps: https://goo.gl/maps/v7ybDZs2dyyzEnRm6

Program

8.00 pagi: Pendaftaran Peserta

8.30 pagi: Ketibaan VIP dan Tetamu Jemputan

9.00 pagi: Ucapan aluan oleh
Dato' Dr Abd Latif Mohmod
Ketua Pengarah FRIM

9.30 pagi: Ucapan perasmian oleh Datu Dr Wan Lizozman Wan Omar Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Sarawak

10.00 pagi: Minum pagi

10.30 pagi: Sesi penbentangan utama oleh Jabatan Hutan dan FRIM

11.00 pagi: Sesi pembentangan serentak berdasarkan skop

1.00 petang: Makan tengah hari

2.30 petang: Sesi Business Marching

Bicara Teknologi FRIM merupakan forum bagi mengetengahkan hasil dan output projek R&D kepada kepada para pemegang taruh (stakeholders) yang disasarkan. Ia juga bertujuan memenuhi keperluan pemegang taruh dalam bidang perhutanan dan produk hutan secara amnya serta menyediakan kaedah penyelesaian dan platform perkongsian maklumat.

Untuk program ini, FRIM bekerjasama dengan Jabatan Hutan Sarawak sebagai penganjur bersama. Program pertama telah diadakan di Ipoh, Perak pada 28 November 2018.

Program Bicara Teknologi FRIM di Kuching dijangka akan dihadiri lebih 100 peserta termasuk wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta; syarikat pengusaha konsesi kawasan pembalakan (Forest Management Unit-FMU); syarikat pengusaha berasaskan kayu seperti kilang papan, papan lapis, pengeringan kayu dan perabot; pihak berkuasa tempatan; pengurusan taman negeri; pengusaha resort; pengurus ladang hutan; serta usahawan industri herba.

Para peserta akan berpeluang mengadakan perbincangan dengan pakar penyelidik FRIM dan Jabatan Hutan Sarawak tentang hasil kajian, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Skop-skop pembentangan merangkumi:

- Biodiversiti dan Perhutanan & Alam Sekitar
- Bioteknologi Perhutanan, Hasilan Semula Jadi dan Ekonomi & Analisis Strategik
- Keluaran Hutan

Sesi 'Business Matching' juga akan diadakan untuk perbincangan lanjut antara para peserta dengan penyelidik FRIM. Jika sesuatu projek atau perkhidmatan yang dibincangkan menjadi kenyataan, peserta layak mendapat 10% diskaun daripada pihak FRIM.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Lim Chung Lu
Pegawai Media
Unit Komunikasi Korporat
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Tel: 03-6279 7590 / HP: 017-479 7687
Fax: 03-6277 0583
Emel: limchunglu@frim.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.