Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 28/06/2019

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019 & PELANCARAN TRAILER FILEM "WARKAH"

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftiri 2019 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 1 Julai 2019

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Ruang Legar, Menara PERKESO, Jalan Ampang


Sila klik di sini untuk PROGRAM

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri PERKESO 2019, PERKESO dengan kerjasama Opy Global Pictures Sdn Bhd akan melancarkan trailer filem "Warkah". Pihak kami memohon kerjasama pihak media untuk membuat liputan pelancaran tersebut.

Diadaptasi dari sebuah kisah benar, "Warkah" bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 15 Ogos depan. Filem arahan Opy Zami akan mengetengahkan pelakon cilik baharu dalam industri seni tanahair. Rayyana Rayqa, 5 tahun, memegang watak Hana, anak bongsu kepada Encik Kamil (lakonan Namron). Lakonan Rayqa dijangka bakal meruntun jiwa sentimental penonton.

Pada pelancaran itu juga, buat julung kalinya OST (original sound track) "Warkah" akan didendangkan oleh penyanyi Ariff Bahran secara live. Lagu adalah ciptaan Asfan dan lirik hasil nukilan Ahmad Fedtri Yahya.

Filem Warkah mengisarkan kehidupan sebenar seorang remaja, Ikmal (lakonan Wafiy), pelajar cemerlang yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Ketika saat menghampiri ambang peperiksaan, ayahnya Kamil (lakonan Namron) ditimpa kemalangan mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ikmal mula bergelut dengan cabaran kehidupan. Namun, kehadiran Cikgu Nur (lakonan Isyariana) membawa harapan baru. Ikmal dibelenggu dengan dilema antara konflik keluarga dan masa depannya. Apakah akan berlaku seterusnya? Siapakah Cikgu Nur?

Penyandang watak- watak utama ialah Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana, Wafiy dan Rayyana Rayqa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Faten Nabila
Tel : 017 940 6424

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.