Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 28/06/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRAR) LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) BERSAMA YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN, TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA (MPI)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) agensi di bawah Kementerian Industri Utama akan menganjurkan Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRAR) di Melaka. Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRAR) yang dilaksanakan LKTN merupakan kaedah turun padang secara langsung LKTN untuk bertemu dengan kumpulan sasar disamping mempromosikan program-program baharu industri kenaf kepada masyarakat.

Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRAR) bersama YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama di negeri Melaka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 30 Jun 2019

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Kg. Sempang Pantai, Merlimau Melaka

Sila klik disini untuk PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Haji Kamaluddin SK Maidin Abdul Kader
Pegawai LKTN Negeri Melaka
Tel: 012-606 9392

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.