Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 02/07/2019

Hari Bertemu Pelanggan MARDI Negeri Perak 2019 Di Duriotourism@MARDI Kuala Kangsar

Sukacita dimaklumkan MARDI dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Kangsar akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan MARDI Negeri Perak bertempat di Duriotourism@MARDI Kuala Kangsar pada 4 Julai bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB TUAN SIM TZE TZIN, TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA) pada ketetapan berikut:.

Hari/Tarikh: Khamis 4 Julai 2019

Masa: 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat: Duriotourism@MARDI Kuala Kangsar


Sila klik untuk Aturcara

Program Hari MARDI Perak 2019 memberi peluang kepada masyarakat untuk berjumpa secara langsung dan didedahkan dengan perkhidmatan oleh wakil-wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOA negeri dalam membantu meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian. Pengunjung juga berpeluang untuk merasai suasana dusun buah-buahan seluas 50 hektar dengan lebih dari 20 jenis klon durian sambil disajikan pelbagai makanan berasaskan durian.

Dengan ini, saya dengan segala hormatnya ingin menjemput pihak Tuan/Puan untuk membuat liputan media ke majlis berkenaan. Sesi sidang media juga akan diadakan. Bersama ini disertakan atur cara majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan MARDI Negeri Perak sebagai rujukan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Hari Bertemu Pelanggan tersebut. Sesi sidang media juga akan diadakan.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.