Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 04/07/2019

Prudential BSN Takaful Dan Kedidi Global Enterprise Hulur Bantuan Kaki Palsu Kepada Lebih 40 Penerima Yang Memerlukan

Program Mobility is Life komited membantu penerima meneruskan kelangsungan hidup

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melalui badan amalnya PruBSN Prihatin telah menjalin kerjasama Kedidi Global Enterprise (Kedidi) untuk menjayakan Program Mobility is Life yang ditubuhkan bagi membolehkan bantuan kaki palsu diberikan secara percuma kepada para penerima yang layak agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan secara produktif.

Program Mobility is Life ini yang dilancarkan pada 28 September 2018 telah memanfaatkan seramai 43 orang penerima dari hampir seluruh Malaysia setakat tahun 2018/2019. Para penerima terdiri daripada mereka yang kurang upaya sejak lahir, pesakit diabetes, mangsa kemalangan, antara lain. Majlis kali ini bertujuan untuk membuat serahan kaki palsu kepada bakal penerima bantuan bagi sesi 2019/2020. Seramai 45 orang dianggarkan bakal mendapat manfaat daripada bantuan kali ini.

Kaki palsu rekaan Kedidi adalah bercirikan struktur yang ringkas dan tidak rumit serta turut memfokuskan kepada pergerakan asas pengguna. Kaki palsu yang dibekalkan oleh Kedidi adalah 100% buatan tangan dan dihasilkan daripada komponen yang mudah didapati di dalam negara. Ini membolehkan kaki palsu buatan Kedidi ini dihasilkan dengan kos yang rendah.

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan majlis dan menyertai sidang media yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 8 Julai 2019

Masa: 12.00 Tengah hari - 2.00 petang

Tempat: Kedidi Global Enterprise, 14 & 14A, Jalan PUJ 1/18, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan


Tetamu Kehormat:

Majlis akan diwakili oleh tetamu kehormat;

- Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, PruBSN
Presiden, PruBSN Prihatin

- Dato Abdullah Mad Yunus, Pengasas, Kedidi Global Enterprise


Peluang rakaman foto:

Ucapan tetamu kehormat, penyampaian kaki palsu, perkongsian pengalaman penerima, lawatan bengkel Kedidi, sidang media, jamuan Hari Raya

**Rakan-rakan media yang ingin menghadirkan diri diminta memaklumkan kedatangan selawat-lewatnya pada hari Jumaat, 5 Julai 2019 melalui e-mel ke wan.madzrina@prubsn.com.my atau Whatsapp ke 012 - 933 1362.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Prudential BSN Takaful

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rina Ali
Brand & Communications
Prudential BSN Takaful Berhad
Tel: +603 277 83625 / +6012 933 1362
Emel: wan.madzrina@prubsn.com.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.