|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 05/07/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MALAYSIA - CHINA JEWELLERY SKILLS FRIENDLY MATCH
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menerusi Institut Kraf Negara akan mengadakan perlawanan persahabatan Malaysia - China Jewellery Skills Friendly Match sempena WorldSkills Competition (WSC) Kazan, Russia 2019. Pertembungan antara dua peserta WSC iaitu Cik Nur Fatihah binti Hassan (WSC Malaysia) dengan Mr. Chen Qilian (WSC China), akan berlangsung pada 7 hingga 8 Julai 2019 bertempat di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor.
Hadir sama pada acara ini adalah Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Sehubungan itu, pihak media adalah dijemput untuk membuat liputan perlawanan persahabatan Malaysia - China Jewellery Skills Friendly Match sempena WorldSkills Competition (WSC) Kazan, Russia seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh: Isnin 8 Julai 2019
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Institut Kraf Negara (IKN), No1, KM20 Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor
Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan peningkatan dari segi pertukaran pengalaman dan pengetahuan kemahiran kepada pakar negara dan peserta WSC bagi persediaan awal sebelum pertandingan di Kazan, Russia yang dijadualkan akan berlangsung pada September 2019.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Wan Zakiroh binti Megat Sulaiman
Tel: 012-616 9419
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|