Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 05/07/2019

Jemputan Sidang Media Geran Sepadan Galakan Melancong Malaysia

Dimaklumkan Tourism Malaysia akan menganjurkan satu Majlis Sidang Media Geran Sepadan Galakan Melancong Malaysia dimana ia merupakan program bantuan peruntukan secara pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance) untuk membantu industri pelancongan Malaysia.

Majlis Sidang Media akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 9 Julai 2019

Masa: 9:30 pagi - 10:30 pagi

Tempat: Dewan Kinabalu
The Love MaTiC, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Program

9:30 pagi: Pendaftaran Wakil Media
- Ketibaan Jemputan

9:45 pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Musa Bin Yusof
Ketua Pengarah Tourism Malaysia

- Ketibaan YB Datuk Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

10:00 pagi: Sidang Media oleh:
YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

- Sesi Soal Jawab

10:30 pagi: Majlis Bersurai

Program ini merupakan bantuan peruntukan secara pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance) untuk membantu industri pelancongan Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Tourism Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Wahida Rahim
Tel: 03-8891 8778 / 014-9304014
Emel: mediaunit@tourism.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.