Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 05/07/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN SOUTHEAST ASIA VEGETABLE SYMPOSIUM (SEAVEG) 2019: ADVANCING VEGETABLE TECHNOLOGY FOR HIGHER PRODUCTIVITY AND BETTER HUMAN HEALTH DAN JUGA PELANCARAN BUKU TERBITAN MARDI & VEGINET

Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama VEGINET akan menganjurkan Southeast Asia Vegetable Symposium (SEAVEG) 2019: Advancing Vegetable Technology For Higher Productivity And Better Human Health pada 9-11 Julai 2019 (Selasa-Khamis) di Hotel Hatten, Melaka. Bersempena dengan itu, majlis perasmian SEAVEG 2019 dan Pelancaran Buku Terbitan MARDI & VEGINET akan disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 9 Julai 2019

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Hotel Hatten, Melaka


Program

10.00 pagi: Ketibaan tetamu jemputan

10.15 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ketibaan YB Tuan Norhizam bin Hassan,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Negeri Melaka

10.30 pagi: Ketibaan YAB Tuan Haji Adly bin Zahari,
Ketua Menteri Melaka

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Malaysia Bersih

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ucapan oleh YBrs. Dr. Prem Nath, Pengerusi SEAVEG

Ucapan perasmian oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari,
Ketua Menteri Melaka

Pelancaran buku terbitan MARDI dan VEGINET

Lawatan ke reruai poster dan pameran

Sidang media

11.30 pagi: Minum pagi dan bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.