Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 08/07/2019

Jemputan Liputan Media Majlis Perasmian Seminar Dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB 2019 (TOT)

Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB 2019 (TOT) yang akan disempurnakan oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama.

Majlis melibatkan penyertaan 400 peserta termasuk pemain dalam industri sawit dan para usahawan, pemain industri kecil dan sederhana serta pihak berminat dengan perniagaan dalam industri sawit. Sempena TOT 2019, MPOB menyediakan pameran teknologi dan interaksi dengan Pegawai Penyelidik MPOB yang terlibat dalam penghasilan teknologi dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk tujuan pengkomersialan.

Butiran majlis seperti berikut:

Majlis Perasmian Seminar Pemindahan Teknologi MPOB (TOT 2019)

Hari/Tarikh: Selasa 9 Julai 2019

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Sawit, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi


Sila klik sini untuk Program TOT 2019

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar
Pegawai Tadbir
Unit Komunikasi Korporat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Tel: +6019-206 5490

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.