|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 10/07/2019
SEMINAR KESEDARAN HALAL SEMPENA HALAL MALAYSIA KEDAH 2019
Halal Industry Development Corporation (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), berperanan di dalam membangunan industri Halal dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan program Halal Malaysia Kedah 2019 di Langkawi. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran Halal kepada rakyat Kedah di samping menggalakkan penglibatan pemain industri Halal terutamanya di dalam sektor pelancongan di peringkat Koridor Utara. Antara pengisian program adalah:
- Majlis Perasmian Program Halal Malaysia Kedah 2019
- Seminar Kesedaran Halal
Perasmian Program Halal Malaysia Kedah 2019 ini akan disempurnakan oleh YBrs Dr. Khalid Bin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan turut dihadiri oleh YB Dato'Ammar Bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Warga media dijemput hadir membuat liputan di majlis perasmian seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 13 Julai 2019
Masa: 11.30 pagi (Pendaftaran Media)
Tempat: Ballroom, Hotel Bayview Langkawi, Kedah
Sila klik disini untuk PROGRAM
MENGENAI HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD (HDC)
Halal Industry Development Corporation (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006 berperanan untuk mengendalikan dan memantau keseluruhan pembangunan industri Halal Malaysia baik di dalam mahupun pasaran luar negara. HDC adalah agensi di bawah naungan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).
HDC adalah pendekatan holistik Malaysia terhadap permintaan produk dan perkhidmatan Halal dunia yang semakin meningkat. Objektif utama HDC adalah adalah sebagai penggerak utama bagi industri Halal Malaysia untuk berkembang dengan pengenalan piawaian Halal dalam produk dan perkhidmatan yang boleh digunapakai di serata pelusuk dunia. Kini, dianggarkan terdapat lebih daripada 1.8 billion Muslim di seluruh dunia manakala dianggarkan juga pasaran global Halal kini adalah dalam lingkungan USD 2.3 trillion yang meliputi pelbagai sektor.
Dalam usaha untuk memperkasakan industri Halal dan para pelabur tempatan dan luar negara dalam lapangan antarabangsa berteraskan Halal - HDC menawarkan sokongan menyeluruh bagi mana-mana pihak yang berminat untuk menceburi bidang industri ini. Kepakaran HDC adalah bersumberkan keterlibatan Malaysia sendiri dalam arena perniagaan Halal baik di dalam mahupun luar negara. Sila layari www.hdcglobal.com untuk maklumat lanjut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Halal Industry Development Corporation (HDC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Perhubungan Awam & Media, HDC
Tel: +6012 3249703
Emel: norsida.ahmad@hdcglobal.com
-BERNAMA |
|
|
|
|
|