ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Isnin 22/07/2019

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL MELANCARKAN PRUBSN WARISANPLUS

Pelan takaful menyediakan nilai perlindungan tinggi dan perlindungan kekayaan untuk membantu membina masa depan kewangan yang kukuh dan legasi untuk perlindungan generasi hadapan.

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) akan mengadakan pelancaran media untuk memperkenalkan inovasi terbarunya, PruBSN WarisanPlus, pelan perlindungan patuh syariah mampu milik yang boleh diubah suai dan berlandaskan konsep pertolongan bersama. Pelan ini menawarkan rakyat Malaysia dengan nilai perlindungan yang tinggi untuk mengukuhkan masa depan kewangan mereka yang tersayang.

PruBSN juga akan mengadakan sesi bual bicara mengenai Perancangan Kewangan Islam yang akan disertai panel jemputan Encik Syed Mohd Bakri Syed Ishak (Pemenang Musim Ke-3 Pencetus Ummah) dan Encik Zahari Mahad Musa (Pensyarah Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia).

Majlis pelancaran dan sidang media akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 24 Julai 2019

Masa: 10.00 pagi - 1.00 Tengah hari

Tempat: Studio, Aras 1, Pullman Kuala Lumpur Bangsar, No. 1, Jalan Pantai Jaya, Tower 3, Kuala Lumpur

Peluang bergambar: Ucapan, taklimat produk, filem web, dan forum bersama panel jemputan

Etika Pakaian: Smart Casual


Program

9.30 pagi: Ketibaan dan pendaftaran para tetamu

10.15 pagi: Kata alu-aluan pengacara majlis dan bacaan doa

10.25 pagi: Ucapan pembukaan dan taklimat daripada Ketua Pegawai Pemasaran / Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif:Wan Saifulrizal Wan Ismail

10.40 pagi: Taklimat daripada Ketua Produk: Teh Siew Peng

11.00 pagi:

Bual bicara "Perancangan Kewangan Islam" bersama

PU Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
Ustaz Zahari Bin Mahad Musa

11.30 pagi: Sidang Media

12.00 tengah hari: Cabutan Rezeki

12.30 tengah hari: Sesi beramah mesra dan jamuan makan

Sila klik di sini untuk e-invite

Sila sahkan kehadiran anda dengan membalas emel ini selewat-selewatnya Selasa, 23 Julai 2019

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media tersebut.

Sumber: Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rina Ali
Penjenamaan & Komunikasi
Prudential BSN Takaful
Tel: 012-933 1362 / 03-277 83625
Emel: wan.madzrina@prubsn.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.