Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 25/07/2019

JEMPUTAN: KERJASAMA STRATEGIK AGROBANK & NEKMAT PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO AGRO NISAA' UNTUK KOMUNITI NELAYAN

Agrobank akan menganjurkan Kerjasama Strategik Agrobank & Nekmat Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa' Untuk Komuniti Nelayan yang memberi fokus kepada program pembiayaan mikro khusus untuk wanita secara berkumpulan bagi bisnes Agro. Untuk makluman, program akan dirasmikan oleh YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, dijangka seramai 500 orang tetamu yang akan hadir pada program tersebut yang terdiri daripada Majlis Penasihat Pertanian Negara, pembentuk dasar pertanian, usahawan-usahawan agro, agensi-agensi kerajaan dan swasta, ahli akademi serta pemain industri bagi sektor pertanian dan industri asas tani dan NEKMAT. Berikut adalah butiran program:

Hari/Tarikh : Ahad 28 Julai 2019

Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Dewan Komuniti Nelayan, Kompleks LKIM Kuala Kedah, Kedah

PROGRAM

Table


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Haziqah Anuar
Eksekutif CESR
Tel : 012-229 4878

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.