Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 25/07/2019

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN FAEDAH PERKESO

Untuk makluman, PERKESO akan mengadakan Majlis Penyerahan Bayaran Faedah seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 26 Julai 2019

Masa: 3.45 petang

Tempat: No. 21, Jalan Kompang 11/5, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Penyampaian bayaran faedah ini akan disempurnakan oleh Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO kepada penjaga waris Allahyarham Muhammad Hamadi Zakaria dan Allahyarhamah Nur Syuhadah Zaini.

Pasangan berkenaan maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas ketika cuba mengelak dua motosikal yang terlibat kemalangan di hadapan mereka. Kemalangan berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada pagi Selasa, 23 Julai 2019.

Mangsa meninggalkan dua puteri, Hana Safiyyah, 6 tahun dan Hani Safina, 2 tahun. PERKESO akan menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan kepada penjaga waris.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik. Nurashikin Binti. Ab Razak
Tel: 03-4264 5464 / 011 - 3274 2456

Nama: En. Mohamad Aliff Bin Ab. Gaffar
Tel: 03-4264 5464 / 013 - 680 5008

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.