Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 25/07/2019

MAJLIS PELANCARAN KOLEKSI HARTANAH PKNS SIRI 2/2019

Dengan segala hormatnya wakil-wakil media dijemput ke majlis seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 27 Julai 2019

Masa: 11.30 pagi - 1.30 petang

Tempat: Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam

Program

11.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

11.50 Pagi : Ketibaan Ahli Pengurusan PKNS

12.00 Tengahari : Ketibaan Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

12.05 Tengahari : Ucapan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Oleh
YBhg. Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain

: Gimik Perasmian Koleksi Hartanah PKNS 2019

: Penyerahan Memento Kerjasama Antara PKNS & Maybank

: Lawatan ke Tapak Pameran Hartanah

: Sidang Media

: Jamuan

1.30 Tengahari : Bersurai

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 pada 27 Julai 2019. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mempromosikan hartanah PKNS dan syarikat anak di seluruh Selangor.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.