Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 29/07/2019

PENYERTAAN ACARA MISS SHOPHIA SHOPPING HUNT 3.0

Dimaklumkan bahawa Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia (SSM) akan menganjurkan acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 bersempena Kempen Jualan Akhir Tahun 'Malaysia Year End Sale' pada 15 September 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur seperti ketetapan berikut:

MISS SHOPhia SHOPPING HUNT 3.0 - LAUNCHING

Hari/Tarikh: Ahad 15 September 2019

Masa: Sila rujuk sini untuk program

Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Pakaian: Sukan


MISS SHOPhia SHOPPING HUNT 3.0 - CLOSING CEREMONY

Hari/Tarikh: Ahad 15 September 2019

Masa: Sila rujuk sini untuk program

Tempat: Open Car Park, 1Utama Shopping Centre

Pakaian: Kasual


Objektif penganjuran adalah bagi meningkatkan promosi dan publisiti Kempen Jualan Akhir Tahun 'MYES' 2019 di samping sebagai usaha merancakkkan lagi kempen Melawat Malaysia 2020 bersama ikon beli-belah Malaysia iaitu Miss SHOPhia. Selain itu, acara ini juga dapat mempromosikan kemudahsampaian pengangkutan awam seperti LRT, MRT, bas dan lain-lain pengangkutan awam ke pusat-pusat beli belah yang terlibat.

Sehubungan dengan ini, Bahagian Komunikasi Korporat berbesar hati menjemput EMPAT (4) ORANG PESERTA yang akan mewakili agensi media YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 ini.

****Mohon kerjasama untuk mengembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap ke mediaunit@tourism.gov.my sebelum atau pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) untuk penyelarasan lanjut di pihak urusetia.

Bersama ini dilampirkan borang pendaftaran peserta dan poster acara untuk rujukan.

Sila klik di sini untuk borang penyertaan

Sila klik di sini untuk poster

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menyertai acara dan membuat liputan bagi majlis perasmian dan penutupan acara tersebut.

Sumber: Tourism Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Muadz Samat
Tel: 03-8891 8755

Nama: Siti Wahida Rahim
Tel: 03-8891 8778

Emel: mediaunit@tourism.gov.my

-BERNAMA











 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.